fbpx

Gong Hyo-jin bercinta dengan lelaki muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GONG HYO-JIN dikatakan sedang menjalin cinta dengan Kevin yang 10 tahun lebih muda daripadanya.

MENGEJUTKAN tetapi menjadi satu berita yang cukup manis buat peminat setia pelakon cantik Gong Hyo-jin apabila dia disahkan sedang hangat menjalin hubungan cinta.

Menerusi laporan media Korea Selatan, aktres drama Master’s Sun itu dikatakan menjalin cinta dengan penyanyi Kevin Oh sejak dua tahun lalu.

Menariknya, usia Kevin jauh lebih muda daripada Hyo-jin yang berusia 42 tahun iaitu perbezaan 10 tahun.

Pasangan itu dilaporkan mula bercinta dalam diam tanpa pernah mendedahkannya kepada umum, namun Hyo-jin pernah memuat naik video nyanyian Kevin menerusi Instagramnya pada Mac 2020.

Sebagai maklum balas terhadap pendedahan tersebut, agensi Hyo-jin menerusi satu kenyataan ringkas mengesahkan pasangan itu bercinta.

Bagaimanapun, agensi tersebut menafikan dakwaan bahawa Hyo-jin dan Kevin akan berkahwin seperti didakwa sesetengah laporan media.

“Sukar untuk berkata mengenainya. Kami akan berkongsi sebarang pengumuman jika ada berita gembira pada masa hadapan,” ujarnya.

Untuk info, Kevin merupakan penyanyi yang pernah menjadi juara program Super Star K7 pada 2015.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI