fbpx

Bicara saman fitnah Sultanah Nur Zahirah terhadap 3 pihak bermula Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan Ogos dan Oktober ini bagi perbicaraan kes saman fitnah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah terhadap Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dan dua yang lain.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Dr. Mohamad Johan Lee @ John Lee Kien How itu ditetapkan selama empat hari iaitu pada 1 dan 4 Ogos manakala seterusnya pada 6 dan 7 Oktober.

Tarikh baru itu dimaklumkan peguam Datuk Mohd. Haaziq Pillay yang mewakili Sultanah Nur Zahirah ketika dihubungi selepas pengurusan kes hari ini dihadapan Timbalan Pendaftar Rini Triany Muhamad Ali secara dalam talian.

Prosiding itu turut disertai peguam Mervyn Lai yang mewakili Rewcastle-Brown, penerbit Gerakbudaya Enterprise Chong Ton Sin dan pencetak Vinlin Press Sdn Bhd selaku defendan pertama hingga ketiga.

Pada 28 Mac lalu, Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Rewcastle-Brown untuk menangguhkan perbicaraan kes saman berkenaan.

Saman fitnah tersebut difailkan oleh Sultanah Nur Zahirah terhadap Rewcastle Brown atau Clare Louis Brown, penerbit Gerakbudaya Enterprise, Chong Ton Sin dan pencetak Vinlin Press Sdn. Bhd. pada November 2018.

Dalam pernyataan tuntutan, Sultanah Nur Zahirah mendakwa Rewcastle Brown, membuat pernyataan yang memalukan terhadap baginda dalam buku The Sarawak Report – The Inside Story of the 1MDB Expose.

Sultanah Nur Zahirah mendakwa, kenyataan itu memberi gambaran bahawa baginda terlibat dalam amalan rasuah dan mencampuri pentadbiran Terengganu selain menggunakan statusnya untuk mempengaruhi penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudian menjadi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Baginda mendakwa kenyataan itu juga memberi gambaran yang baginda telah menolong ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau Low Taek Jho untuk menjadi penasihat TIA.

Justeru, baginda menuntut ganti rugi am RM100 juta daripada setiap defendan dan memohon perintah terhadap defendan kedua (penerbit) menarik balik buku itu yang mengandungi kenyataan fitnah dan terhadap defendan ketiga supaya berhenti mencetak buku itu seterusnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI