fbpx

Bayaran 17 sen untuk kecam Jang Won-young

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANG WONG-YOUNG

PELIK dan melampau tetapi pembenci artis (haters) yang wujud di mana-mana sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat meluahkan kebencian terhadap sasaran mereka.

Penyanyi Jang Won-young menjadi mangsa apabila dilaporkan wujud kandungan berbaur kebencian yang dikawal oleh individu tidak bertanggungjawab dalam internet.

Dalam kandungan kontroversi tersebut, terdapat individu yang merekrut pemohon untuk menulis komen melampau terhadap anggota kumpulan IVE itu.

Mereka ditawarkan bayaran serendah 50 won (17 sen) untuk komen pendek, manakala bayaran sebanyak 100 won (34 sen) bagi komen yang panjang.

Keadaan itu mengejutkan ramai peminat kerana wujud manusia yang sanggup mengeluarkan wang demi mengupah orang membuat kejahatan.

Selepas peminat mendapat tahu perihal tersebut, mereka percaya bahawa kewujudan banyak komen jahat dan melampau terhadap Won-young sejak kebelakangan ini ada kaitan dengan kegiatan tersebut.

Agensi naungan penyanyi berusia 19 tahun itu juga mengakui sedang bergelut dengan lambakan komen jahat terhadap artis mereka.

Katanya, pihak agensi berhadapan kesukaran mengawal semua komen tersebut sedangkan artis mereka tidak menimbulkan sebarang isu sepanjang melakukan promosi dalam karier.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI