fbpx
Salah seorang pengawal keselamatan menjalani ujian saringan air kencing dalam pemeriksaan di sebuah hospital pakar di Muar, Johor.

50 peratus pengawal tiada rekod tapisan keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Kira-kira 50 peratus pengawal keselamatan di sebuah hospital pakar di Muar tidak mempunyai rekod tapisan keselamatan Pengurusan Industri Keselamatan (eSIMS).

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) negeri, Mohd. Nashuddin Daud berkata, perkara itu dikesan hasil pemeriksaan terhadap 49 pengawal keselamatan baru-baru ini dengan seramai 29 daripada mereka tidak mempunyai rekod eSIMS.

Tambahnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat keselamatan yang gagal mendaftar pekerja di eSIMS dan akan menjalankan pemeriksaan di lebih banyak premis secara berperingkat.

“Ia bagi memastikan seseorang pengawal keselamatan bebas daripada sebarang rekod jenayah mahupun dadah kerana mereka memikul tanggungjawab menjaga keselamatan premis, pengunjung dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi berkenaan dilakukan supaya syarikat kawalan keselamatan mematuhi Akta Agensi Persendirian 1971 dengan mematuhi arahan seperti tapisan keselamatan dan pengawal keselamatan tidak terbabit dengan kesalahan seperti penyalahgunaan dadah dan jenayah.

Mohd. Nashuddin berkata, selain memeriksa pendaftaran pengawal keselamatan di eSIMS, mereka juga menjalani ujian saringan air kencing.

“Menerusi operasi berkenaan pihaknya mendapati majikan pengawal keselamatan berkenaan gagal mematuhi peraturan ditetapkan iaitu gagal mendaftarkan pengawal keselamatan di eSIMS.

“Sementara itu, seorang pengawal keselamatan disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah dirujuk ke makmal patologi hospital untuk tindakan lanjut,” katanya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN