fbpx

55 koperasi sekolah di Melaka beralih kepada STEP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ab. Rauf (kanan) menyampaikan replika sijil STEP kepada wakil Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Tunggal di majlis perasmian Melaka Go Digital-‘Digital Economic Collaboration' di Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

MELAKA – Sebanyak 55 buah sekolah menengah di negeri ini telah mula menggunakan Platform Elektronik Transformasi Sekolah (STEP) yang menyediakan perkhidmatan koperasi secara dalam talian.

Pengerusi Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional (Kopenas), Jumat Mat Lani berkata, platform hasil kolaborasi bersama Gogopasar itu diperkenalkan bagi meringankan beban ibu bapa dan pihak sekolah menguruskan keperluan pelajar menerusi pendigitalan.

Katanya, kemudahan itu merangkumi pembelian buku dan peralatan pembelajaran, maklumat markah ujian, jadual sekolah dan kemudahan pengumuman lain untuk makluman para ibu bapa serta pelajar.

“Daripada keseluruhan 82 buah koperasi sekolah menengah, 55 telah mula menggunakan STEP yang menyediakan pelbagai kemudahan pengurusan pembelajaran.

“Ia juga memberi faedah tambahan beli-belah untuk keperluan seperti barangan runcit dan bekalan sekolah atas talian pada harga yang sangat berpatutan mengikut harga koperasi sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar majlis Melaka Go Digital-Digital Economic Collaboration’ di Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Pelaburan negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh; Ketua Pegawai Eksekutif Gogopasar, Lynn Alias dan Pengerusi VX, Yang Mulia Tunku Aaran Tunku Mutamir. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI