fbpx

Peminat terkejut Daesung cengkung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAESUNG

SETELAH empat tahun menyepi, ramai peminat tidak sabar menunggu kemunculan semula kumpulan Big Bang menjelang April nanti.

Sementara membilang hari menantikan tarikh kemunculan semula tersebut, kumpulan itu mengeluarkan foto teaser setiap anggota kumpulannya seorang demi seorang.

Dimulakan dengan foto G-Dragon, kemudian Taeyang dan Daesung adalah ahli ketiga yang telah melancarkan foto teaser buat kemunculan semula mereka kali ini.

Meskipun gembira dapat melihat Daesung dengan penampilan baharunya serta rambut panjang kerintingnya, namun ada satu perkara yang membuatkan peminat risau.

Dalam gambar teaser yang dikeluarkan, wajah Daesung dilihat agak cengkung apabila dia kehilangan semua lemak di pipinya.

Peminat mula meluahkan rasa risau mereka di media sosial tentang berapa banyak berat badan Daesung telah turun dek wajahnya yang kelihatan agak kurus.

“Berat badannya turun sangat banyak. Saya rasa gambar teaser Daesung paling menarik, tetapi dia kelihatan sangat kurus.

“Mungkin Daesung mahu jumpa peminat dengan penampilan baharu,” komen seorang peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI