fbpx

Keterujaan menaiki kereta api ‘hutan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandangan hutan yang disajikan sepanjang perjalanan

AWAL bulan ini, saya berpeluang merasai sendiri pengalaman menaiki kereta api Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang juga terkenal sebagai kereta api ‘hutan’ untuk menuju ke pantai timur. 

Hal ini adalah kerana sepanjang laluan, kereta api tersebut akan melalui kawasan hutan dengan panorama menghijau yang amat saujana mata memandang. 

Memandangkan perjalanan bermula di stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Gemas, Negeri Sembilan, bagi laluan ini, anda boleh memilih dua cara untuk sampai di Gemas iaitu sama ada memandu sendiri dan meletakkan kenderaan di stesen Gemas atau menaiki perkhidmatan tren elektrik (ETS) dari stesen KL Sentral ke stesen Gemas. 

Saya membeli tiket dari Gemas ke Wakaf Bharu, Kelantan, dengan harga RM88 seorang.

Saya memulakan perjalanan dari Gemas pada pukul 1.18 pagi dan tiba di Wakaf Bharu, Tumpat pada pukul 12.37 tengah hari. 

Perjalanan pulang pula adalah pada pukul 8.37 malam dan tiba semula di stesen KTM Gemas pada pukul 7.45 pagi keesokan harinya. 

Perjalanan yang mengambil masa hampir 12 jam itu langsung tak terasa kerana sepanjang perjalanan, saya disajikan dengan pemandangan kawasan hutan yang menghijau. 

Secara keseluruhannya, keadaan kereta api itu bersih dan memuaskan namun secara peribadi, saya berasa bahawa kebersihannya masih boleh diperbaiki. 

Saya sempat bersarapan dengan menu bihun goreng dan telur mata di dalam kafe kereta api tersebut. 

Cadangan saya, sekiranya anda mengembara pada waktu malam, anda perlu mencuba juadah mi segera Maggi Sup kerana ia amat enak. 

Ruangan katil juga pada saya agak luas dan selesa dan saya lebih memilih ruangan yang berada di tingkat bawah. 

Namun, sebagai langkah penjagaan tambahan, saya membawa selimut, sejadah dan cecair pembasmi kuman sendiri ke dalam ruangan tidur. 

Bagi yang sukakan suasana lebih senyap, anda boleh memilih ruangan yang agak jauh daripada koc kereta api bagi mengelakkan bunyi bising dari pintu yang digunakan oleh penumpang untuk keluar dan masuk ke dalam kereta api. 

Sepanjang perjalanan, saya turut mengambil peluang membaca buku sambil melihat pemandangan di luar. 

Setibanya di Kota Bharu, saya pun memulakan penerokaan dengan mencari tempat makan yang sememangnya terkenal dalam kalangan pelancong tempatan dan luar negara. 

Antaranya Restoran Nasi Ulam Cikgu, Kedai Makan Lieniey Nasi Kerabu Tumis,  Kopitiam Kita, Restoran Maggi Tiram Pok Weil dan Suwarin Jinda Cafe. 

Saya turut sempat mengunjungi Pantai Senok di Bachok dan Jeti Kampung Pulau Tengah, Kubang Kerian, Kota Bharu yang menyajikan pemandangan begitu indah dan mendamaikan sekali. 

Buat yang tidak tahu, Kota Bharu terletak hanya satu jam daripada jeti Besut, Terengganu. 

Jadi, mereka yang berminat untuk mengunjungi Pulau Perhentian, anda boleh membeli tiket bot untuk ke Perhentian.

Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan percutian ini dan berpendapat bahawa anda perlu mencubanya sekurang-kurangnya sekali dalam hidup anda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI