fbpx

Farali Khan selar selebriti promosi produk sokong Zionis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARALI KHAN

PETALING JAYA – Pelakon Farali Khan meluahkan rasa kecewa apabila melihat segelintir selebriti yang masih ligat mempromosikan barangan berjenama mewah sekali gus secara terangan menyokong Israel.

Farali atau nama lengkapnya Norfara Ali Dad Khan, 35, menyifatkan golongan selebriti yang berbuat demikian tidak bersimpati dengan nasib rakyat Palestin yang masih bermandi darah dan terkorban.

“Sangat mengejutkan ramai selebriti yang memegang tanda biru (bluetick) membanggakan jenama-jenama besar.

“Buat hantaran seperti tiada sensitiviti langsung dengan keadaan sekarang.

“Awak semua promosikan jenama tersebut tetapi adakah anda sedar setiap sen adalah nyawa saudara Muslim kita yang lain,” katanya

Lebih mengecewakan, kakak kepada aktor Isa Khan itu turut kesal apabila sesetengah selebriti yang mempromosikan barangan menyokong Israel adalah antara mereka yang aktif bersuara mengenai Palestin sebelum ini.

“Apa yang saya perasan, mereka ini juga pada awalnya uar-uarkan situasi bergolak di Palestin. Semoga ada rasa hormat,” jelasnya.

Isu boikot produk berkaitan Israel adalah solidariti masyarakat global bagi menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin yang berdepan tekanan Zionis.

Serangan berdarah yang dilakukan Israel sejak Oktober lalu turut menarik ramai selebriti tempatan menunjukkan protes terhadap kekejaman pihak sebagai kebersamaan menentang Israel. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI