fbpx

Masalah kesihatan anak dorong buat bisnes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORFAHANIS tekad untuk terus memajukan perniagaan yang dilakukan sekali gus membantu lebih ramai menjana pendapatan bersamanya.

DIUJI dengan masalah kesihatan anak sehingga kerap kali keluar masuk hospital membulatkan tekad ibu tiga cahaya mata ini untuk berhenti kerja.

Bertahun bekerja sebagai kakitangan pengurusan di salah sebuah syarikat swasta langsung tidak membuatkan Norfahanis Azhari sesal dengan tindakan muktamadnya itu.

Ujar Norfahanis, anak keduanya yang lahir dalam keadaan pramatang itu kerap terkena sakit hingga menyebabkan dia dan suami terpaksa berulang alik bagi mendapatkan rawatan. 

“Kalau diingatkan ketika itu, saya sendiri tidak tahu bagaimana boleh harungi sampai ke tahap ini.

“Perkara yang menyebabkan saya sanggup lepaskan jawatan disebabkan kesihatan anak kedua yang tidak begitu menginzinkan. 

“Bila kerap kali masuk wad, kerja saya pun terganggu kerana acap kali ambil cuti. Jadi, lepas fikir masak-masak saya nekad berhenti kerja untuk fokus jaga anak,” katanya kepada Aura.

Tambah wanita kelahiran Batu Kikir, Negeri Sembilan itu lagi, setelah ambil keputusan berhenti kerja, dia mula terdetik untuk menjalankan bisnes secara online dengan menjual minyak wangi. 

“Kalau ikutkan, pada awal itu saya agak risau juga mengenai pendapatan kerana sudah terbiasa bekerja dan ada wang sendiri.

“Tapi saya serah dan letakkan semua kepada Allah. Saya percaya rezeki itu pasti tiba kalau sudah tertulis. Jadi sambil fokus menjaga anak, saya mula libatkan diri dalam bisnes online secara kecil-kecilan. 

“Modal permulaan pun suami yang beri selepas dia izinkan saya untuk berniaga membantunya mencari rezeki di rumah sambil menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan ibu,” katanya.

 

SUAMI, Mohd. Hanafiah Mahmood menjadi tulang belakang dan penguat semangat buat wanita tiga cahaya mata ini untuk terus maju dan berdaya saing dalam bisnes diceburi.

Meneruskan perkongsian, wanita cekal berusia 33 tahun ini berkata, berbekalkan sedikit pengalaman pernah menjual pelbagai barangan online secara sambilan ketika masih bekerja itulah digunakannya semula untuk kembali berniaga. 

“Kenapa saya pilih untuk berniaga minyak wangi berjenama L’amour kerana saya sendiri memang penggemar wangian tersebut dan dekat dengan jiwa.

“Paling buatkan saya membulatkan tekad untuk berhenti kerja dan sertai bisnes tersebut adalah pengasas produk tersebut yang merupakan rakan sekelas semasa di sekolah menengah turut pernah melalui nasib sama iaitu berhenti kerja demi mengutamakan keluarga,” katanya. 

Ujar Norfahanis lagi, bermula daripada situlah, dia mula nampak masa depan dan rezekinya dalam bidang perniagaan juga dipermudahkan Allah saban hari.

“Alhamdulillah sejak mula dari bawah sebagai pengedar biasa sampailah dilantik menjadi master leader. Kalau sebelum ini berniaga seorang diri, dan ada 10 ejen di bawah kendalian saya.

“Diam tak diam, lepas tiga empat tahun berniaga, kini saya sudah ada 600 orang pengedar sah di seluruh negara dan jumlah itu bakal bertambah dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Ditebak mengenai cabaran yang ditempuhi sejak bekerja sendiri dan terjun dalam arena bisnes, Norfahanis memberitahu, perkara tersebut pasti tidak boleh terlepas bagi mereka yang bergelar usahawan.

DORONGAN dan sokongan pengedar dan ejen sah banyak membantu Norfahanis menguruskan operasi perniagaan secara komprehensif.

“Bagi saya jatuh bangun adalah lumrah buat usahawan yang nak berjaya dan apa yang membezakan sama ada kita mampu bertahan atau tidak. 

“Saya sendiri pernah difitnah bekas pengedar (anak team) sendiri selain kawan yang menjauhkan diri selain diperli sewaktu kita awal-awal berniaga. 

“Tapi, tiada satu pun saya balas. Sebab tiada gunanya saya nak bertegang urat dan lebih baik ambil keputusan untuk diam sahaja serta buktikan saya juga boleh berjaya,” katanya yang tidak pernah menyangka mencatatkan jualan mencecah RM1.8 juta dua tahun lalu.

Dia menambah, suami, anak-anak dan keluarganya merupakan tulang belakang kepada kejayaannya menempuhi setiap cabaran selama ini. 

Bagi mereka yang berminat untuk menambah pendapatan di bawah kendalian Norfahanis, bolehlah menghubungi talian 012-603 5969 atau menerusi Facebook, Farhanies Azhari. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI