fbpx

Bangkai makhluk aneh ditemui terdampar di pantai Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan seekor makhluk aneh yang terdampat di pantai di Sunshine Coast. - @tanalex

CANBERRA – Seorang lelaki dari Sunshine Coast, Australia terkejut apabila menemui bangkai makhluk misteri berwajah aneh terdampar di tepi pantai, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Makhluk berkaki empat dengan badan kelihatan lembik dan mempunyai ekor panjang seperti tikus itu kehilangan hampir semua daging pada kepalanya sehingga mendedahkan tengkorak menyerupai haiwan reptilia.

“Saya terjumpa sesuatu yang pelik. Ia seperti sesuatu yang anda lihat apabila seseorang mendakwa bahawa mereka menemui makhluk asing,” kata Alex Tan ketika berkongsi video pendek berhubung penemuan itu di akaun Instagramnya.

Kata Alex, makhluk itu kelihatan seperti seekor oposum yang tidak berbulu, tetapi berbeza dengan apa yang pernah dilihatnya dan menganggap ia adalah dari angkasa lepas.

Dia kemudiannya mengajak pengguna media sosial lain untuk membuat spekulasi mengenai spesies haiwan itu dengan menyatakan bahawa dia benar-benar berminat mengetahuinya.

Beberapa pengguna meneka bahawa ia mungkin seekor kanggaru atau walabi yang lemas. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI