fbpx

5 haiwan liar tempatan diabadikan dalam setem khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar setem khas yang bertemakan Hidupan Liar Terancam terbitan Pos Malaysia Berhad.

PUTRAJAYA – Pelbagai spesies binatang liar popular tempatan kemungkinan kurang begitu dikenali terutama dalam kalangan generasi muda yang hidup moden dan tinggal di bandar.

Sehubungan itu, Pos Malaysia Berhad mengambil inisiatif dengan menawarkan koleksi setem khas yang bertemakan Hidupan Liar Terancam dilancarkan baru-baru ini di seluruh negara.

Menurut hantaran agensi berkenaan menerusi akaun sosial rasminya, kesemua haiwan liar itu dilindungi sepenuhnya oleh undang-undang negara kerana bersifat nadir dan diancam pupus.

Antara ditawarkan ialah spesies kura-kura duri yang juga dikenali sebagai kura-kura matahari atau dalam bahasa Inggerisnya ialah spiny terrapin dengan dijual pada nilai 50 sen sekeping.

Tidak ketinggalan dengan harga yang sama ialah beruk kentoi atau dalam bahasa Inggeris ialah stump-tailed macaque dengan paparan imej tiga anggota keluarga mamalia primat tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI