fbpx
Tiga orang kanak-kanak menunjukkan sebelah selipar mereka yang hilang selepas dilarikan anjing liar di Perumahan Tengku Iskandar Ahmad, Gua Musang. – AIMUNI TUAN LAH

Siapa curi selipar penduduk Gua Musang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Masalah anjing liar yang berkeliaran di Perumahan Tengku Iskandar Ahmad di sini bukan sahaja mencetuskan isu keselamatan tetapi juga masalah kehilangan selipar penduduk sejak ke­belakangan ini.

Penduduk mendakwa, selipar yang diletakkan di luar rumah sering dilarikan anjing liar dan kejadian itu berlaku hampir setiap hari.

Seorang penduduk, Hasnah Deraman, 54, berkata, pada awalnya, mereka menyangka selipar berkenaan tersalah letak sebelum menyedari ia dibawa lari oleh anjing liar.

Katanya, dua ekor anjing liar juga bertindak agresif apabila kerap menghampiri rumah untuk menyerang kucing peliharaan.

“Anjing liar sering masuk kawasan rumah dan tidur di kawasan kedai makanan berhampiran. Selepas beberapa kejadian, kami mula sedar selipar turut dibawa lari oleh anjing liar apabila ada ahli keluarga ternam­pak perbuatan haiwan liar itu.

“Situasi itu bukan sahaja menimbulkan rasa tidak selesa, tetapi melibatkan keselamatan kanak-kanak,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Asmadi Abdullah, 39, berkata, walaupun kejadian itu dilihat kecil, tetapi ia memberi kesan kepada rutin harian penduduk.

Katanya, penduduk berharap pihak berkuasa tempatan dapat mengambil tindakan segera de­ngan menangkap anjing liar itu bagi menangani masalah di kawasan perumahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN