fbpx

Rendam tangan dalam air bebola ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pekerja menguruskan bebola ikan tanpa memakai sarung tangan di sebuah kilang di Butterworth hari ini. - Foto IQBAL HAMDAN

SEBERANG PERAI – Beberapa pekerja di sebuah kilang memproses bebola ikan di Butterworth di sini didapati menyentuh dan menguruskan produk itu tanpa menjaga aspek kebersihan apabila tidak mengenakan sarung tangan.

Lebih menjijikkan apabila sebahagian pekerja warga asing itu didapati mula mengalami masalah ruam kulit pada jari tangan dipercayai akibat kerap terdedah kepada air dalam tempoh lama ketika bekerja.

Kesalahan itu dikesan semasa Ops Tegar oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Majlis Bandaraya Seberang Perai hari ini.

Selain itu, pekerja turut dilihat mengutip semula bebola ikan yang terjatuh di atas lantai sebelum membasuh dan memasukkan semula ke dalam bakul untuk dibungkus.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Mohd. Wazir Khalid berkata, tindakan berkenaan merupakan satu kesalahan dan boleh mendedahkan kepada masalah keracunan makanan.

“Oleh kerana menguruskan bebola ikan di dalam air suam tanpa sarung tangan, jari pekerja kelihatan kembang yang boleh mendedahkan kepada masalah ekzema jika terlalu lama bekerja.

“Ia boleh memberi risiko masalah pencemaran silang dan boleh menyebabkan keracunan makanan kepada pengguna,” katanya kepada pemberita sejurus operasi itu hari ini.

Beliau berkata, pihaknya mengeluarkan sebanyak lima kompaun bernilai RM2,900 kepada pemilik premis selepas pekerjanya didapati gagal mengenakan sarung tangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI