fbpx

Pakar UTP bantu operasi kesan mangsa tertimbus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penyelamat melihat mesin gerudi yang digunakan dalam operasi mengesan mangsa runtuhan kuari di Simpang Pulai, Ipoh.

IPOH – Operasi mengesan mangsa tertimbus dalam kejadian runtuhan batu kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai di sini memasuki fasa baharu apabila mendapat bantuan dari Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Pihak UTP telah menggunakan peralatan khas di mana alat tersebut boleh mengesan jengkaut pada kedudukan yang sukar.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memaklumkan, peralatan itu diguna bagi menggandakan lagi usaha pengesanan.

“Operasi mencari mangsa tertimbus yang masuk hari ke-22 dimulakan hari ini pada pukul 9 pagi.

“Pekerja syarikat kuari masih melakukan kerja-kerja menggerudi ke laluan spot dengan pemantauan bomba,” ujarnya.

Dua ekor anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9) bomba turut digerakkan ke tapak kuari bagi mengesan kedudukan dua mangsa yang masih tertimbus dalam runtuhan batu.

Jentera berat akan digunakan bagi membolehkan Unit K9 mengesan bau mangsa tertimbus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI