fbpx

Lembu jadi sahabat karib warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan aksi manja seekor anak lembu bersama pemiliknya yang dikongsi di laman Facebook.

PETALING JAYA – Setiap benda yang bernyawa pasti memerlukan kasih sayang seperti aksi manja seekor anak lembu yang tular di media sosial baru-baru ini yang turut menarik perhatian orang ramai.

Walaupun haiwan itu tidak berakal, namun ia tahu bagaimana cara untuk mendapatkan perhatian daripada pemiliknya.

Menerusi satu perkongsian video berdurasi 17 saat di Facebook @Sharmila Ismail itu memaparkan gelagat manja seekor lembu melagakan kepala dengan pemiliknya.

Video yang dikongsi oleh Sharmila Ismail itu disukai ramai kerana ia menunjukkan seekor haiwan manja yang mampu meluahkan rasanya terhadap tuannya.

Ia merupakan tanggungjawab yang besar untuk memelihara lembu. Kita melihat bagaimana lembu itu tidak boleh berpisah dengan tuannya dan mengikut tuannya ke mana-mana sehingga merangkul belakang badan untuk “memeluk” tuannya.

“Amboi manja sungguh lembu ini, macam kucing pula dia,” kata @Che Ta Ahmad.

Sementara itu, seorang pengguna media sosial dikenali sebagai @AinCute berkata, aksi manja anak lembu berkenaan sungguh mencuit hati dan menghiburkan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI