fbpx

Flandy ‘angkat kaki’ tinggalkan BAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FLANDY (tengah) berjaya membantu Aaron Chia-Soh Wooi Yik merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 selain Sze Fei-Nur Izzuddin sebagai juara Terbuka Jerman.

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan ketua jurulatih beregu lelaki negara, Flandy Limpele bakal meninggalkan skuad kebangsaan berkuat kuasa 1 April ini.

Keputusan yang dibuat pengendali dari Indonesia itu boleh dikatakan agak mengejutkan ke­rana baharu sahaja menyertai badan induk sukan badminton negara itu pada Mei 2020.

Meskipun usaha sudah dilakukan BAM untuk memujuk Flandy supaya kekal, namun beliau tetap dengan pendirian enggan me­nyambung kontrak kerana mahu mencari angin baharu.

“Selepas membuat pertimbangan serta berbincang dengan Pengarah Kejurulatihan Beregu, Rexy Mainaky, saya fikir ini adalah masa yang tepat untuk saya mengundurkan diri.

“Saya sangat bersyukur kerana diberikan peluang serta keistimewaan untuk berkhidmat bersama BAM selama dua tahun ini,” katanya menerusi satu ke­nyataan semalam.

Sementara itu, Rexy mewa­kili BAM berterima kasih kepada Flandy atas usahanya membentuk skuad beregu lelaki dan be­liau sedia untuk meneruskan kerja yang dilakukan rakan sejawatnya itu.

“Pertama sekali, saya mahu berterima kasih kepada Flandy atas kerja keras serta sikap profesional yang ditunjukkan sepanjang dua tahun di BAM. Beliau sudah menyediakan asas untuk skuad beregu lelaki.

“Masih banyak yang perlu dilakukan bagi memastikan skuad beregu lelaki muda kita terus menunjukkan peningkatan. Saya berjanji untuk terus bekerja keras mengemudi pasukan ini,” ujar beliau.

Sebagai rekod, Flandy melakukan tugas cukup baik sepanjang bersama BAM apabila mengemudi Aaron Chia-Soh Wooi Yik merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 serta membantu Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani memenangi kejohanan antarabangsa pertama pada Terbuka Jerman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI