fbpx

Samun kedai komputer guna kayu besbol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dua rakaman cctv menunjukkan sekumpulan lelaki bersenjatakan kayu besbol menyamun premis menjual peralatan komputer di Bandar Damai Perdana, Cheras tular di media sosial semalam.

PETAING JAYA – Seorang pengawal keselamatan terselamat ketika sekumpulan lelaki bersenjatakan kayu besbol menyamun premis menjual peralatan komputer di Bandar Damai Perdana, Cheras, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengawal keselamatan premis berkenaan pada pukul 9.35 pagi pada hari yang sama.

“Semasa pengadu sedang bekerja di premis sekitar pukul 6 pagi, dia diserang sekumpulan lelaki dianggarkan seramai 15 orang menggunakan kayu besbol.

“Suspek kemudian memecah masuk ke dalam premis dan melarikan peralatan komputer yang berada di dalam premis di tingkat satu dianggarkan bernilai RM70,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, suspek menggunakan kenderaan jenis Nissan Navara, Toyota Hiace, Perodua Alza dan Proton Exora.

“Kenderaan pengadu juga dirosakkan oleh suspek semasa dia cuba menghalang mereka yang ingin melarikan diri.

“Pengadu tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian ini. Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin ditalian 016-9985730, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang ditalian 03-89114222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI