fbpx

Polis tunggu keputusan KDN terhadap penjawat awam dalang jual syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan menunjukkan aset yang disita polis daripada satu sindiket pengedaran dadah.

SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunggu keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkaitan status tindakan ke atas lapan penjawat awam yang ditahan selepas disyaki bersekongkol dengan sindiket pengedaran dadah pada 6 Mac lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua suspek itu kini ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

“Kita akan menyiapkan fail kes untuk dihantar ke KDN dan terdapat tiga kemungkinan sama ada mereka akan dikenakan perintah tahanan, perintah sekatan atau dibebaskan.

“Kita (polis) berpuas hati dengan maklumat berkaitan penglibatan lapan penjawat awam itu dengan sindiket dadah dan kita tunggu keputusan KDN,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan polis berjaya membongkar modus operandi penyeludupan dadah didalangi kumpulan penjawat awam selepas menahan sembilan pegawai dan anggota sebuah agensi penguat kuasa bersama seorang nelayan dalam tiga serbuan berasingan di Johor Bahru, Putrajaya dan sekitar ibu negara baru-baru ini.

Mengulas lanjut, kata Ayob Khan, tiada tangkapan baharu melibatkan penjawat awam bagi kes berkenaan setakat ini.

“Kita tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana jabatan dan penjawat awam yang terlibat dalam kegiatan dadah.

“Saya ingin tegaskan bahawa mereka pasti akan ditangkap sekiranya terlibat dalam aktiviti itu,” katanya.

Tambah beliau, seorang lagi penjawat awam yang turut ditahan sudah didakwa di mahkamah bersama seorang nelayan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI