fbpx

KPN perkasa Tabika Perpaduan tingkat mutu silibus pra sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Halimah melawat ke gerai pameran usahawan tempatan sebelum majlis penyampaian geran KRT Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2020 di Hotel Ixora, Seberang Perai. - FOTO: IQBAL HAMDAN

SEBERANG PERAI – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) komited untuk terus memperkasakan Tabika Perpaduan seiring perkembangan pendidikan negara.

Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, silibus pembelajaran yang diguna pakai adalah berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang dibangunkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Proses pembelajaran yang dilaksanakan khusus buat murid-murid berusia empat sehingga enam tahun mestilah mengikut silibus dan sistem yang telah ditetapkan.

“Pelan pendidikan awal kanak-kanak melibatkan penggunaan buku teks malah kita turut menjalinkan kerjasama dengan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) untuk meningkatkan mutu pendidikan khusus buat murid pra sekolah.

“Bahan bacaan yang digunakan dalam proses pembelajaran diselaraskan dan ini membuktikan kita tidak lepas tangan dan perbaiki kualiti silibus dari masa ke semasa,” katanya selepas menyampaikan Geran Rukun Tetangga Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2022 di Perai di sini.

Mengulas lanjut, Halimah berkata, kementerian bersedia untuk menambah bilangan Tabika Perpaduan sekiranya permohonan menepati kriteria yang ditetapkan.

“Kita kena lihat sama ada terdapat banyak permintaan ataupun hanya sekelompok ibu bapa yang mahukan Tabika Perpaduan diwujudkan di penempatan mereka.

“Sekiranya ada permintaan terutamanya daripada ibu bapa yang terdiri daripada pelbagai kaum termasuklah kaum Cina dan India yang mahu menghantar anak-anak mereka ke Tabika Perpaduan, maka kita akan buka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI