fbpx

Ajal kanak-kanak OKU semasa bapa tunai umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Suriati menyiram air pada pusara anaknya setelah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid At Taqwa Kubu Gajah Gunung Semanggol petang tadi.

BAGAN SERAI – Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Perak berhampiran Sayong Tebing di Kuala Kangsar hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi itu, mangsa, Ahmad Fakhruddin Ahmad Farid yang juga orang kurang upaya (OKU) ditemui tersangkut di celah rumput di tebing sungai

Mayat mangsa ditemui selepas sejam pada jarak kira-kira 300 meter dari lokasi terakhir dia dilihat.

Menurut ibunya, Nur Suriati Yusoff, 44, mangsa merupakan anak bongsu dari tiga adik-beradik, manakala kejadian berlaku semasa suaminya sedang mengerjakan umrah di Mekah.

“Saya menghubungi suami menerusi panggilan video pada aplikasi WhatsApp ketika jenazah arwah dimandikan sehingga selesai pengebumian.

“Suami memberi kata-kata semangat agar saya bersabar dan reda atas apa yang berlaku,” katanya semasa ditemui selepas pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Masjid At-Taqwa Kubu Gajah, Gunung Semanggol dekat sini.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, mayat mangsa telah ditemui terapung tersangkut pada celah rumput di tebing sungai berkenaan.

“Pemeriksaan pada tubuh mangsa tiada menunjukkan sebarang kecederaan fizikal.

“Hasil bedah siasat mengesahkan kematian mangsa disebabkan lemas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI