fbpx

Fernandes akan terus kekal di Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDES (kanan) bakal menandatangani kontrak baharu yang menyaksikannya kekal di Old Trafford sehingga 2027. – AFP

MANCHESTER – Pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes dilaporkan bersedia untuk menadatangani kontrak baharu yang menyaksikan dia akan terus kekal di Old Trafford untuk tempoh lima tahun lagi.

Perancang United itu dijang­ka menerima gaji mingguan lebih sekali ganda berbanding apa yang diterima iaitu sekitar £240,000 (RM1.33 juta) bagi kontrak baharu sehingga 2027.

Perjanjian baharu itu nanti menyaksikan pemain antarabangsa Portugal itu akan menjadi salah seorang pemain United yang menerima pendapatan mewah, namun masih ketinggalan berbanding David De Gea (RM2.08 juta) dan Cristiano Ro­naldo (RM2.5 juta).

Rundingan antara wakil Fernandes dan pihak pengurusan United dilaporkan berlangsung sejak tahun lalu, namun mereka dilaporkan menemui kata sepakat sejak beberapa minggu lalu untuk terma kontrak baharu tersebut.

Fernandes, 27, menyertai Uni­ted dari Sporting Lisbon dengan nilai £47 juta (RM261.18 juta) pada Januari 2020 dengan kontrak lima tahun dan meraih pendapatan mingguan hanya £100,000 (RM555,000).

Dia tidak menunggu lama apabila muncul sebagai tonggak penting pasukan itu apabila meledak 28 gol musim lalu, namun prestasi sedikit menurun musim ini tetapi masih menjadi pemain kedua menjaringkan gol terba­nyak di belakang Ronaldo dengan sembilan gol.

Kontrak baharu itu nanti juga menyaksikan United akan ‘menyimpan’ Fernandes sehingga usianya mencapai 33 tahun dan dia mengakui berminat untuk meneruskan karier dalam bidang kejurulatihan selepas bersara.

“Saya sangat menikmati bola sepak. Saya fikir saya mahu menjadi jurulatih. Secara jujur, saya gembira jika cita-cita itu tercapai nanti.

“Saya tidak tahu pasukan mana yang saya akan uruskan nanti, tapi sudah jika diberi pilihan untuk pasukan yang besar, sudah tentu ia Manchester Uni­ted,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI