fbpx

Thailand pendekkan kuarantin pelawat tidak divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETUGAS kesihatan yang memakai peralatan perlindungan diri (PPE) memeriksa maklumat penumpang di Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok pada 1 Februari lalu. - AFP

BANGKOK – Thailand akan memendekkan tempoh kuarantin wajib bagi pelawat tidak divaksin yang memasuki negara itu kepada lima hari mulai 1 April ini, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Pelawat juga dikatakan tidak perlu lagi mengambil ujian tindak balas rantai polimerase transkripsi balikan (PCR) Covid-19 sebelum berlepas. 

Peraturan baharu yang diberitakan di akhbar Royal Gazette itu hanya merupakan makluman awal dan pengumuman rasmi mengenainya akan diterbitkan pada akhir bulan ini. 

Pelawat tidak divaksin boleh memasuki Thailand di bawah skim Kuarantin Alternatif di mana mereka mesti mengasingkan diri di mana-mana hotel yang diluluskan dan melakukan ujian Covid-19 sebelum dibebaskan.

Sebelum peraturan berkenaan disemak semula, pelawat tidak divaksin perlu menjalani tempoh kuarantin selama 10 hari.

Mereka yang divaksin sekurang-kurangnya 14 hari sebelum perjalanan menggunakan vaksin yang diiktiraf oleh kerajaan atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula boleh memasuki Thailand melalui skim pengecualian kuarantin Test & Go atau skim Sandbox.

Minggu lalu, Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 Thailand (CCSA) membuat keputusan untuk mengurangkan tempoh kuarantin dan membatalkan ujian Covid-19 yang perlu diambil 72 jam sebelum berlepas.

Sebelum berlepas ke Thailand, pelawat bagaimanapun mesti memohon kod QR Pas Thailand melalui laman web rasmi yang dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Konsular. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI