fbpx

Program Jualan Keluarga Malaysia akan diteruskan -KPDNHEP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander (tiga kiri) ketika mengiringi Ismail Sabri merasmikan sambutan Hari Pengguna Kebangsaan 2022 di NU Sentral, Kuala Lumpur. /FOTO AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melanjutkan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) sebagai persiapan menghadapi Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, keputusan itu dibuat selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju dengan cadangan yang telah dikemukan pihak kementerian sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, program tersebut akan diperhalusi terlebih dahulu sebelum pelaksanaan program itu diteruskan supaya ia lebih menyeluruh.

“PJKM ini sepatutnya tamat hujung bulan ini, bagaimanapun kita telah menghantar surat kepada Perdana Menteri sebelum ini untuk cadangan melanjutkan PJKM ini.

“Apa yang boleh saya katakan di sini, Perdana Menteri bersetuju dengan cadangan kementerian itu (lanjut PJKM). Tetapi beliau (Perdana Menteri) minta kita perhalusi lagi cadangan ini agar ia lebih menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis sambutan Hari Pengguna Kebangsaan di sini hari ini.

PJKM mula dilancarkan pada 2 Disember 2021 menawarkan pelbagai barangan keperluan harian dengan harga berpatutan seperti ayam, ikan, telur, sayur-sayuran, minyak masak, gula, tepung, beras dan barangan keperluan rumah terpilih.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sejak PJKM dilancarkan ia telah mendapat sambutan menggalakan apabila banyak wakil rakyat dan pemain industri mahu bekerjasama menjayakan program tersebut.

“Pada mulanya PJKM ini tidak mendapat sambutan, tetapi apabila program ini bermula dan ia dilihat mampu membantu mengurangkan beban dan kos sara hidup rakyat, lama-kelamaan ia semakin mendapat sambutan,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI