fbpx

Anonymous godam pencetak Rusia sebar mesej antiperang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGGODAM dari Rusia dan Belarus telah menyasarkan Ukraine yang menjadi sekutu Eropah. - Zee News Network

MOSCOW – Kumpulan penggodam popular, Anonymous mendakwa telah menggodam pencetak di seluruh Rusia supaya mencetak mesej antiperang mengenai pencerobohan di Ukraine, lapor laman berita Wion News semalam.

“Kami telah mencetak mesej antipropaganda Kremlin dan menetapkan arahan cetak pada mesin pencetak di seluruh Rusia selama dua jam.

“Sebanyak 100,000 salinan telah dicetak setakat ini. Seramai 15 orang sedang bekerja pada operasi ini ketika kami bercakap mengenainya,’’ demikian ciapan akaun bernama @DepaixPorteur di laman Twitter.

Imej cetakan pada skrin komputer dan fail PDF dengan teks Cyrillic Rusia dimuat naik bersama ciapan tersebut.

Menurut ciapan sebelum ini, Anonymous berjaya mengakses 156 mesin pencetak. Kumpulan itu mengaku bertanggungjawab ke atas beberapa serangan siber selepas Rusia menyerang Ukraine.

Teks-teks itu menggesa rakyat Rusia supaya memperjuangkan tradisi dan kebanggaan serta menggulingkan kerajaan pimpinan Presiden Vladimir Putin.

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan menentang serangan Putin ke atas Ukraine, Anonymous mengumumkan pada 15 Mei lalu bahawa pihaknya telah melumpuhkan agensi keselamatan negara Rusia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI