fbpx

Kerajaan tampung subsidi bahan bakar 10 kali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu menampung kenaikan subsidi bahan bakar melibatkan penggunaan petrol, diesel dan gas cecair memasak sehingga 10 kali ganda susulan peningkatan signifikan harga minyak mentah Brent.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd. Shahar Abdullah berkata, berikutan kenaikan harga minyak mentah itu, kerajaan perlu menanggung subsidi berjumlah lebih RM2 bilion pada Januari tahun ini.

“Sejak awal tahun tahun 2021, harga minyak mentah Brent menunjukkan peningkatan signifikan di mana harga minyak mentah bagi bulan Januari 2022 adalah pada kadar 85 dolar berbanding 2021 iaitu 55 dolar setong.

“Berikutan kenaikan itu, kerajaan terpaksa menampung peningkatan subsidi yang ketara
sehingga 10 kali ganda iaitu meningkat daripada RM200 juta untuk Januari 2021 kepada RM2 bilion untuk Januari 2022,” katanya di Dewan Rakyat di sini tadi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Amiruddin Hamzah (Pejuang-Kubang Pasu) yang mahu mengetahui adakah kerajaan bercadang menyemak semula harga bahan bakar selain subsidi perlu ditanggung. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI