fbpx

Covid-19 : 26,234 kes sembuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes sembuh daripada Covid-19 semalam mencatatkan sebanyak 26,234 kes, sekali gus melepasi jangkitan baharu dengan jumlah keseluruhan kumulatif kes sembuh sebanyak 3,771,463 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan baharu Covid-19 semalam mencatatkan 22,491 kes dengan 165 kes melibatkan kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, mengikut pecahan, kategori satu sebanyak 10,601 kes (47.14 peratus), kategori dua sebanyak 11,725 kes (52.13 peratus), kategori tiga sebanyak 71 kes (0.31 peratus), kategori empat sebanyak 44 kes (0.20 peratus) dan kategori lima 50 kes (0.22 peratus).

“Daripada 165 kes kategori tiga, empat dan lima, 43 kes (26.06 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 71 kes (43.03 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster) dan 51 kes (30.91 peratus) telah menerima dos penggalak (booster).

“Selain itu, 99 kes (60.00 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas, 98 kes (59.39 peratus ) mempunyai komorbid dan dua kes (1.21 peratus) ibu mengandung,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI