fbpx

Sultan Johor kurnia anugerah Datuk kepada empat individu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan DMIJ kepada Datuk On Jabbar sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor hari ini. - Foto KREDIT ROYAL PRESS OFFICE

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang membawa gelaran Datuk kepada empat individu.

Empat individu berkenaan adalah Pengarah Tanah dan Galian Johor, Ashari Kasnan dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), On Jabbar.

Selain itu, turut dikurniakan darjah berkenaan adalah Pegawai Daerah Muar, Mustaffa Kamal Shamsudin dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor, Suhailizan Suliman.

Majlis pengurniaan darjah itu bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda Tuanku Sultan yang berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru, di sini hari ini.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Sementara itu, Sultan Johor turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ) kepada empat individu.

Penerima SIJ ialah Pengarah Jabatan Laut Wilayah Selatan, Dickson Dollah; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang, Norliyati Md Noor; Setiausaha Bahagian, ICT@Johor, Ungku Suzana Ungku Mohammad dan Timbalan Pengarah Pendidikan Agama, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Yosree Ikhsan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI