fbpx

Saingan MotoGP di Malaysia diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EZPELETA (kiri) bergambar bersama Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Datin Anita Azrina Abdul Aziz selepas syarikat petroleum negara menjadi penaja utama GP Malaysia bermula tahun ini.

PEMINAT-PEMINAT Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) tempatan boleh menarik nafas lega apabila penganjuran Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antabangsa Sepang (SIC) dilanjutkan sehingga 2024.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini dengan perbincangan untuk meneruskan perjanjian sehingga 2026.

Beliau menyatakan kegembiraan untuk meneruskan penganjuran GP Malaysia ekoran sambutan luar biasa yang diterima setiap kali perlumbaan jentera dua roda itu diadakan di SIC.

“Kami sangat gembira untuk mengesahkan Grand Prix Malaysia akan kekal berada dalam kalendar MotoGP sehingga 2024. Malaysia adalah pasaran utama MotoGP dan kami sentiasa teruja untuk berlumba di Sepang.

“Selepas kembali ke sini untuk ujian pramusim, kami sudah tidak sabar untuk berlumba di Sepang. Satu keadaan yang sangat hebat untuk melihat penyokong kembali membanjiri tempat duduk,” kata Ezpeleta.

Sementara itu, CEO SIC, Azhan Shafriman Hanif turut meluahkan rasa gembira untuk meneruskan penganjuran MotoGP di Sepang selepas tidak menganjurkan perlumbaan itu selama dua tahun akibat pandemik Covid-19.

“Saya berbesar hati kami dapat memeterai perjanjian berhubung lanjutan kontrak dengan Dorna Sports dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan kerjasama ini.

“Dengan rekod kehadiran yang sentiasa meningkat setiap tahun, kami teruja untuk menerima kembali penonton ke Sepang selepas dua tahun menyepi kerana Covid-19. Menerusi tema #WelcomeHome, kita akan hidupkan semula sukan permotoran antarabangsa,” ujar beliau.

Pada masa sama, Dorna juga menjalinkan kerjasama baharu dengan Petronas yang akan menyaksikan syarikat petroleum negara itu menjadi penaja utama GP Malaysia bermula tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI