fbpx

Lelaki direman kes hina Raja Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsurkan penghinaan terhadap Raja Perlis dibawa ke Kompleks Mahkamah Kangar untuk mendapatkan perintah reman hari ini.

KANGAR – Seorang lelaki yang didakwa memuat naik hantaran berunsurkan penghinaan terhadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Facebook direman enam hari bermula hari ini.

Suspek berusia 31 tahun dan bekerja sendiri itu tiba di Kompleks Mahkamah Kangar di sini kira-kira pukul 3.41 petang sambil diiringi pegawai penyiasat polis ke bilik reman.

Mahkamah memerintahkan suspek direman sehingga 28 Mac ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, suspek ditahan di rumahnya di Tanah Merah, Kelantan kira-kira pukul 10 malam semalam.

Katanya, suspek ditahan selepas pihaknya menerima laporan berhubung kenyataan berunsurkan penghinaan itu terhadap Raja Perlis dan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin di akaun Facebook menggunakan nama Basri Shah.

“Susulan laporan tersebut, kita telah meminta bantuan polis Kelantan untuk mengesan suspek sebelum dia ditahan di sebuah rumah di Kampung Alor Seloran, Bukit Mas, Tanah Merah, Kelantan,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI