fbpx

Remaja berkelakuan tidak senonoh di tempat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan senario dua remaja berkelakuan tidak senonoh di sebuah pondok di tempat awam. – Suara.com

JAKARTA – Sebuah video tular dalam kalangan kumpulan perbualan WhatsApp di Indonesia kerana memaparkan senario dua remaja melakukan perkara tidak senonoh di sebuah pondok, lapor laman berita Suara.com. 

Kejadian dikatakan berlaku di Dataran Kota Mojokerto, wilayah Jawa Timur. 

Dalam klip video berdurasi 29 saat itu, dua remaja dilihat berteduh di bawah sebuah pondok.  

Seorang remaja perempuan memakai tudung kuning, manakala remaja lelaki berambut pendek memakai baju hitam.

Perakam video berkenaan mengesahkan bahawa lokasi kejadian terletak di sebelah timur dataran Kota Mojokerto. Dia bagaimanapun tidak bersendirian.

“Cinta tak selamanya indah dik,’’ kata seorang lelaki lain yang turut berada di kawasan kejadian.

Ketua polis Kota Mojokerto ketika ditanya berkata, beliau tidak dapat memberikan penjelasan berkenaan video itu kerana masih berada di Bogor untuk mengikuti latihan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI