fbpx

Lelaki dikhuatiri lemas jatuh di jeti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba melakukan operasi mencari mangsa yang terjatuh ke dalam Sungai Kuantan berhampiran Jeti LKIM Kuantan di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seorang lelaki warga Thailand dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Kuantan berhampiran kilang air batu di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuantan di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mangsa yang berusia 29 tahun dilaporkan terjatuh ke dalam sungai kira-kira pukul 9.49 pagi tadi.

“Bomba yang menerima aduan mengenai kejadian telah melakukan operasi pencarian di kawasan berhampiran lokasi mangsa dilaporkan jatuh menggunakan bot penyelamat.

“Usaha mencari mangsa yang berkerja sebagai awak-awak bot nelayan masih giat dilakukan bersama-sama dengan agensi penyelamat yang lain,”katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI