fbpx

Ibu bapa dilarang pukul anak di Wales

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUKUMAN fizikal termasuk menampar atau memukul kanak-kanak telah diharamkan di Wales semalam. - Rebecca Naden/PA

LONDON – Pihak berkuasa Wales mengharamkan hukuman fizikal terhadap kanak-kanak termasuk tindakan merotan, memukul dan menampar oleh ibu bapa bagi mendidik anak-anak supaya taat, lapor laman berita Wion News semalam.

Orang awam juga diberitahu untuk memaklumkan kepada perkhidmatan sosial atau polis jika mengetahui mana-mana ibu bapa bertindak demikian.

Undang-undang baharu itu berkuat kuasa semalam dan dianggap bersejarah oleh kerajaan Welsh dan beberapa agensi perlindungan kanak-kanak. Mereka juga menyeru agar seluruh Britain juga melaksanakan peraturan sama.

Bagaimanapun, pengkritik-pengkritik menyuarakan kebimbangan bahawa peraturan tersebut ‘menakutkan’ ibu bapa yang cuba melakukan yang terbaik bagi mendidik dan memastikan masa depan cerah untuk anak-anak mereka. 

Ia juga boleh menimbulkan kes dakwaan palsu oleh kanak-kanak nakal atau jiran berniat jahat.

Undang-undang baharu itu menghapuskan alasan ‘hukuman munasabah’ yang sudah sekian lama digunakan oleh ibu bapa di Britain dan Wales.

Semua bentuk hukuman fizikal yang dikenakan terhadap kanak-kanak seperti memukul, menampar dan menggoncang mereka kini diharamkan. Undang-undang itu juga merangkumi pelancong luar yang melawat Wales.

‘’Hari ini (kelmarin) adalah detik bersejarah untuk kanak-kanak dan hak mereka di Wales kerana kami menjadikan tindakan menghukum kanak-kanak secara fizikal sebagai perkara yang sudah berlalu,’’ kata Timbalan Menteri Perkhidmatan Masyarakat, Julie Morgan yangberkempen untuk perubahan undang-undang itu selama lebih dua dekad. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI