fbpx

Hakim Danish gegarkan Mandalika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAKIM DANISH mencatat kemenangan pada Perlumbaan 1 dan 2 yang berlangsung di Litar Mandalika untuk memimpin carta keseluruhan.

PELUMBA berbakat negara, Hakim Danish Ramli tampil cemerlang apabila melakukan kejutan selepas sekali lagi muncul juara pada Perlumbaan 2 Asia Talent Cup (ATC) di Litar Antarabangsa Mandalika pagi semalam.

Menerusi dua kemenangan berturut-turut di bumi Indonesia, Danish kini memimpin carta teratas keseluruhan selepas mengumpul 72 mata meninggalkan pelumba Jepun, Shinya Ezawa di kedudukan kedua dengan perbezaan satu mata.

Sementara itu, pelumba Jepun, Amon Odaki menduduki tempat ketiga keseluruhan dengan mengumpul 54 mata.

“Kemenangan kedua buat Malaysia, syukur Alhamdulilah. Terima kasih kepada semua terutama penaja dan semua yang menyokong saya,” katanya.

Pada dua perlumbaan pertama musim ini yang berlangsung di Losail, Qatar sebelum ini, Hakim Danish hanya berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kelima dan kali ini berjaya menebus kekecewaan untuk mengutip mata maksimum pada aksi di bumi Indonesia.

Selepas berakhir pusingan di Indonesia, kesemua pelumba akan berehat enam bulan sebelum bersambung Pusingan 3 di Litar Twin Ring Motegi, Jepun dari 23 hingga 25 September.

Bagi mengisi kekosongan tersebut, Hakim turut dijadual menyertai European Talent Cup (ETC) yang dijadual membuka tirainya di Litar Estoril, Portugal pada 8 Mei ini nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI