fbpx

[VIDEO] Pemandu Honda Civic dakwa tak sedar masuk laluan motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan sebuah kereta yang dipandu menggunakan laluan motosikal di Lebuh Raya Persekutuan semalam.

PETALING JAYA – Tindakan pemandu sebuah kereta jenis Honda Civic berwarna putih memasuki laluan motosikal di Lebuh Raya Persekutuan berhampiran Wisma CIMB Jalan Pantai Baharu semalam mengundang padah apabila dia telah ditahan polis semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, sebaik menerima video tular yang dikongsi pada halaman DashCam Owners Malaysia di Facebook, pihaknya terus menjalankan usaha mengesan pemilik kenderaan itu.

“Bertindak di atas aduan, sekitar pukul 6.30 petang pemandu kereta Honda Civic berwarna putih telah dapat dikesan dan lelaki berusia 30 tahun itu telah ditahan ketika hadir di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur.

“Berdasarkan hasil siasatan, pemandu tersebut mendakwa telah menggunakan laluan motosikal kerana tidak menyedari keretanya memasuki laluan yang salah,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat dibawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Semalam, tular di media sosial video memaparkan sebuah kereta dipandu secara berbahaya di laluan motosikal sehingga menggugat keselamatan penunggang motosikal yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI