fbpx

PAU 2021 sebulat suara setuju pemilihan parti selepas PRU15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (tengah) semasa menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 hari ini.

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 sebulat suara bersetuju supaya pemilihan parti itu hanya dibuat dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau akan memastikan perkara yang telah diputuskan pada PAU 2021 itu akan digerakkan dan diambil tindakan segera.

“Keputusan yang paling besar yang perlu dibuat segera bahawa pemilihan parti akan ditangguhkan. Pemilihan parti adalah dalam masa enam bulan selepas PRU15.

“Saya minta Perdana Menteri perhatikan sikit jika kita tulis (surat) kepada RoS (Pendaftaran Pertubuhan) jangan ada pula yang menghalang keputusan parti sebab menterinya bukan daripada UMNO. Susah kita nanti.

“Maka perkara ini telah selesai. Apa yang kita takut hadapi PRU selepas selesai pemilihan parti diadakan kerana sejarah menunjukkan bahawa setiap kali ada pemilihan parti perpecahan memang berlaku.

“Kita tidak mahu parti kita dalam keadaan yang sudah baik ini bergeseran dan berpecah dan menghadapi pula PRU dalam masa yang sama,” katanya semasa menyampaikan ucapan penggulungan PAU 2021 di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI