fbpx

RM22.56 juta kos baiki jalan negeri rosak akibat banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ng Sze Han

SHAH ALAM – Kos membaik pulih jalan negeri yang rosak akibat banjir mencecah sehingga RM22.56 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam negeri, Ng Sze Han berkata, kos itu adalah penilaian awal Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor melibatkan 15 jalan di lima daerah di negeri ini.

“Hulu Langat merupakan daerah paling tinggi baik pulih iaitu sebanyak tujuh jalan di Sungai Lalang dengan memerlukan peruntukan sebanyak RM3.33 juta.

“Kos membaiki kesemua jalan ini bakal menggunakan peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) pada tahun ini,” katanya dalam Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Ke-14 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Rozana Zainal Abidin (PH-Permatang) berhubung jumlah peruntukan yang perlu dikeluarkan kerajaan negeri bagi membaiki jalan di Selangor.

Sze Han turut memaklumkan, peruntukkan sebanyak RM26.10 juta telah diluluskan bawah program penyelenggaraan bagi jalan persekutuan pasca banjir.

“Ini melibatkan 27 jalan di enam daerah dan tempoh pelaksanaan arah kerja telah bermula pada 7 Januari hingga 7 April tahun ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI