fbpx

Jumlah terkini ahli UMNO 3,391,236 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad.

KUALA LUMPUR – UMNO mencatatkan jumlah keahlian seramai 3,391,236 orang di 22,274 cawangan dari 191 Bahagian di seluruh negara sehingga 15 Mac lalu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jumlah keahlian itu menjadikan UMNO kekal sebagai parti politik terbesar dengan bilangan ahli paling ramai di seluruh Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan laporan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Ahmad berkata, keahlian UMNO paling ramai di Sabah seramai 594,631 orang, Johor (452,642), Selangor (426,109) dan Kedah (300,564).

Kata beliau, Bahagian UMNO mencatat bilangan ahli tertinggi adalah Lahad Datu (46,849), Semporna (40,849), Libaran (39,513), Gombak (38,437) dan Baling (37,249).

Tambah beliau, terdapat 20 kelab UMNO di seluruh dunia iaitu lapan di United Kingdom, Ireland (satu), Indonesia (dua), Australia (tiga), New Zealand (empat) dan Mesir (dua).

“Tentunya juga hadir wakil-wakil UMNOSiswa daripada 18 IPTA dan IPTS serta UMNOSiswi daripada 12 IPTA yang mewakili pelajar daripada universiti awam di Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI