fbpx

Cungkil atlet pelapis menerusi MSL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faizal (tiga kanan) sewaktu melancarkan MSL, hari ini. FOTO: ZULFADHLI ZAKI.

SHAH ALAM – Penganjuran Malaysia Sports League (MSL) dijadikan medan bagi mencungkil bakat lebih ramai golongan remaja menjadi atlet pelapis negara pada masa akan datang.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kumpulan atlet pelapis yang besar dapat mengelak negara daripada ketandusan atlet bertaraf antarabangsa, sekali gus dapat mengharumkan Malaysia di persada dunia.

Katanya, sebagai permulaan lima sukan iaitu badminton, bola jaring, bola keranjang, futsal dan sepak takraw dipilih bagi penganjuran MSL di setiap daerah di seluruh negara.

“Saya harap apabila ada penganjuran MSL ini, ramai remaja boleh menyertainya sebagai salah satu wadah menjalani aktiviti sihat.

“Mana tahu pegawai pencari bakat daripada persatuan kebangsaan atau negeri kebetulan hadir semasa pertandingan berlangsung dan nampak potensi seseorang remaja yang boleh dicungkil untuk menjadi atlet kebangsaan,” katanya selepas pelancaran MSL di Kompleks Sukan Negara Panasonic Shah Alam, Seksyen 21, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI