fbpx

30 individu dikompaun berhibur di pusat hiburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pengunjung yang diperiksa dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Bukit Bintang malam tadi.

KUALA LUMPUR -Seramai 30 individu dikenakan kompaun berjumlah RM30,000 dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Bukit Bintang di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya membuat pemeriksaan di premis berkenaan yang didapati beroperasi tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 kira-kira pukul 11.30 malam tadi.

“Dalam serbuan tersebut, seramai 82 orang terdiri daripada 30 warga tempatan iaitu sembilan lelaki dan 21 wanita serta 52 orang bukan warganegara terdiri daripda 27 lelaki dan 25 wanita berusia dalam lingkungan 19 hingga 49 tahun telah ditahan.

“Semua 30 warga tempatan telah dikompaun sebanyak RM1,000 setiap seorang manakala tangkapan seramai 52 orang bukan warganegara disiasat di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) PPN 2021 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu katanya, orang ramai dinasihatkan supaya terus mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pihak polis akan meningkatkan operasi dan pemeriksaan di pusat hiburan serta membuat pemantauan ke atas aktiviti kelab yang jelas tidak dibenarkan di bawah PPN Fasa 4,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI