fbpx

Tujuh PATI dicekup bersembunyi di kandang lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tujuh PATI yang ditahan ketika bersembunyi di sebuah kandang lembu di Jeram hari ini.

KUALA SELANGOR – Tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) gagal bersembunyi di sebuah kandang lembu apabila dicekup pihak berkuasa di pesisir pantai Tambak Jawa, Jeram, di sini hari ini.

Kesemua mereka termasuk dua wanita berusia 21 hingga 54 tahun dari Tanjung Balai, Indonesia itu diberkas pukul 7.45 pagi selepas dikatakan baharu tiba di negara ini dengan menaiki bot.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed berkata, siasatan mendapati
warga asing itu membayar kira-kira RM2,000 hingga RM3,000 untuk masuk ke negara ini.

Katanya, mereka mendakwa mahu bekerja sebagai buruh binaan dan pembantu rumah.

“Semua mereka memasuki negara ini menerusi laluan laut yang tidak diwartakan dengan menggunakan bot dan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

“PATI itu ditemui di kandang lembu berpagar di pesisiran pantai yang dianggap mereka mudah untuk bersembunyi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor untuk tindakan lanjut dan kes berkenaan diklasifikasikan mengikut Akta Imigresen 1959/63. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI