fbpx

Berhenti ‘sedut asap’ kerana hormat permintaan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketagihan merokok boleh dihentikan dengan melakukan pelbagai aktiviti bagi mengalihkan perhatian daripada nikotin. – gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang penyelia sebuah syarikat swasta mengaku dia kembali merokok selepas berhenti selama enam tahun lalu kerana bosan akibat terkurung di rumah ketika Pe­rintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lelaki yang dikenali sebagai Azim, 32, itu berkata, dia mula merokok ketika berusia 14 tahun dan nekad berhenti pada 2015 kerana menghormati syarat yang diberikan oleh bakal isterinya ketika itu.

“Saya tiada masalah untuk berhenti ketika itu kerana memang sudah nekad berbuat demikian sebelum berkahwin. Saya lakukan banyak aktiviti untuk mengalihkan perhatian tambahan pula ketika itu sudah berumah tangga.

“Bagaimanapun, sejak PKP dikuatkuasakan saya banyak terkurung akibat bekerja dari rumah dan mula menghisap rokok. Bermula dengan sebatang dua ­akhirnya habis sekotak dalam masa seminggu pertama PKP untuk menghilangkan stress,” katanya kepada Kosmo!.

Menurut Azim, merokok dapat membantunya menghilangkan stress.

Tambahnya, dia bukanlah perokok tegar dan yakin akan dapat berhenti pada bila-bila masa yang dia mahu.

“Tapi bukan sekaranglah,” katanya berseloroh.

Seorang eksekutif jualan dikenali sebagai Khairul, 33, berkata, dia mula menghisap rokok pada usia 25 tahun apabila terpe­ngaruh dengan rakan serumah­nya pada 2013.

“Tak lekat pun kerana ketika itu saya hanya cuba-cuba tetapi sejak PKP dilaksanakan dua tahun lepas, saya kembali menghisap rokok apabila dipelawa rakan serumah.

“Sekali dua bolehlah ditolak, tapi lama-kelamaan saya fikir apa salahnya. Bekalan sentiasa ada kerana rakan serumah semua perokok, namun saya harap tidak lah sampai saya jadi perokok tegar, cukuplah sekadar suka-suka,” katanya.

Sementara itu, Muhamad Ikhmal Mohd. Raisudin, 25, yang turut kembali kepada tabiat me­rokok berkata, kehilangan pekerjaan setelah PKP dilaksanakan dahulu menjadi penyebab me­ngapa dia kembali bergelar pe­rokok aktif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI