fbpx

AGI McDonald’s terus iktiraf jasa, pengorbanan guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anugerah daripada McDonald’s untuk mengiktiraf jasa guru di seluruh negara.

PETALING JAYA – Anugerah Guru Inspirasi (AGI) McDonald’s kini kembali buat tahun keenam bagi menghargai jasa dan pengorbanan pendidik yang menjalankan tanggungjawab ­melebihi tugas hakiki mereka dalam mendidik, membentuk dan memberi inspirasi kepada anak bangsa.

Melalui anugerah yang sedang berlangsung sejak 10 Mac lalu hingga 2 April ini, masyarakat boleh mencalonkan guru yang telah memberi inspirasi kepada diri mereka dengan berkongsi kisah ‘Cikgu Luar Biasa’ mereka sama ada dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau Mandarin.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, Datuk Azmir Jaafar berkata, program tahunan itu merupakan sebahagian daripada komitmen syarikat untuk menyumbang kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya.

“Kami melihat banyak perubahan dalam sistem pendidikan sejak dua tahun lalu.

Gambar hiasan

“Guru-guru perlu melalui peralihan daripada pengajaran di dalam kelas kepada kelas secara dalam talian, termasuklah versi lain yang melibatkan pengajaran secara hibrid.

“Oleh itu, pengiktirafan ter­hadap jasa guru menjadi sema­kin penting.

“Anugerah Guru Inspirasi yang dianjurkan pada tahun ini berhasrat untuk meraikan guru atas usaha mereka memastikan pendidikan pelajar di seluruh negara kekal terjamin,” katanya dalam kenyataan.

Azmir menerangkan, anugerah ini akan memilih 25 guru sebagai pemenang, yang mana mereka akan menerima wang tunai RM5,000.

Selain itu, individu yang mencalonkan guru yang menang pula akan menerima baucar hadiah McDonald’s bernilai RM200 sebagai penghargaan.

Pelajar, guru dan orang awam boleh mencalonkan guru luar biasa dan berkongsi kisah mereka dengan McDonald’s melalui tiga langkah mudah iaitu log ma­suk ke laman web, hantar borang pencalonan dan tulis bagaimana guru telah memberi inspirasi.

Langkah ketiga adalah menghantar gambar guru sebagai dokumen sokongan (tidak wajib).

Guru yang terpilih menerima anugerah itu akan dinilai oleh panel juri terdiri daripada wakil-wakil McDonald’s, Kementerian Pendidikan dan media.

AGI McDonald’s pertama kali diperkenalkan pada 2017 dan sehingga kini me­nerima lebih 19,000 pencalonan dengan lebih 106 guru telah menerima anugerah itu di seluruh negara. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI