fbpx

60,543 tan sampah banjir dilupuskan guna kambus tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja pembersihan longgokan sampah di kawasan banjir di Selangor sebelum ini.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri menggunakan kaedah pelupusan kambus tanah bagi 60,543 tan metrik sisa pasca banjir di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri, Ng Sze Han berkata, kesemua sisa pasca banjir yang diterima pihak Worldwide Holdings Berhad diterima bermula 21 Disember lalu hingga 15 Januari lepas.

Katanya, sampah-sampah itu seterusnya diasingkan terutamanya sisa e-waste untuk dihantar ke enam pusat pelupusan yang ditetapkan pihak Jabatan Alam Sekitar.

Ini meliputi Tapak Pelupusan Sanitari Jeram yang melupuskan sebanyak 32,267 tan metrik, Tapak Pelupusan Sanitari Tanjung Dua Belas (14,715), Tapak Pelupusan Sisa Lengai Dengkil (12,043), Tapak Pelupusan Sisa Lengai Kuang (849), Tapak Pelupusan Sisa Lengai Sungai Tua (583) dan Tapak Pelupusan Sanitari Panchang Bedena (86).

“Kaedah pelupusan kambus tanah secara selamat digunakan kerana sisa pasca banjir akan dilupuskan didalam ‘cell’ penerimaan sisa pepejal (yang dilapisi ‘system liner’) dan kemudian akan diratakan serta dimampatkan sebelum ditutup dengan selamat.

“Jumlah penghasilan sampah pasca banjir ini merupakan satu perkara yang di luar jangkaan kita. Namun, kita harus mengambil iktibar untuk memikirkan satu kaedah pelupusan sampah yang lebih mampan dengan memanfaatkan teknologi yang terkini termasuk WTE bagi menyelesaikan kekurangan tapak pelupusan khususnya di Selangor,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Haniza Mohamed Talha mengenai kaedah digunakan kerajaan negeri bagi melupuskan sisa pepejal pasca banjir.

Sze Han turut memaklumkan keutamaan pengurusan krisis adalah membersihkan sisa banjir di kawasan rumah, kedai dan jalan raya.

“Selepas 18 Disember tahun lalu (kejadian banjir), phak Worldwide akan cuba asingkan (sisa banjir) sebanyak mungkin tetapi keutamaan kita pada masa itu adalah untuk membersihkan sisa banjir (berbanding sampah kitar semula),” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI