fbpx

Tertelan darah tiruan, Yoo In-soo naik 10kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YOO IN-SOO

JIKA orang lain kebanyakannya akan susut bentuk fizikal ketika berlakon babak aksi, lain halnya dengan pelakon Yoo In-soo apabila mengalami kenaikan berat badan sebanyak 10 kilogram (kg).

Dedah pelakon itu, berat badannya naik selepas penggambaran siri fenomena siaran Netflix yang menjulang namanya, All Of Us Are Dead.

Meskipun memegang watak antagonis dan banyak menjayakan babak lasak seperti kejar-mengejar serta pertarungan, namun ada faktor yang menyebabkan berat badannya naik.

Dedah In-soo, dia mengambil masa hingga tiga jam untuk disolek dengan solekan wajah dipenuhi luka dan darah yang diperbuat daripada sirap jagung serta kopi.

“Saya jayakan banyak babak aksi seperti menggigit dan melukakan orang lain. Jadi saya perlu sentiasa ada darah dalam mulut.

“Untuk menampakkan realistik, pasukan produksi meletakkan darah tiruan pada gigi dan mulut saya.

“Saya memang letih sepanjang menjayakan babak aksi tapi hairannya, berat badan saya naik.

“Rupa-rupanya saya sedar darah tiruan itu memang tinggi kalori. Mungkin saya ada tertelan darah itu,” katanya ketika muncul dalam program Knowing Brothers.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI