fbpx

Solekan macam hantu, rupa-rupanya Vida ada lagu baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vida meleraikan kecaman ramai bahawa dia bakal mengeluarkan sebuah single baharu berjudul Ku Ikhlaskan pada 20 Mac nanti.

PETALING JAYA – Solekan artistik yang digayakan usahawan kontroversi Datuk Seri Vida ketika tampil sebagai Presiden Netizen dalam program Big Stage musim keempat (BS) pada malam Ahad lalu terus menjadi buah mulut netizen sehingga kini.

Malah, gaya solekan eksentrik yang cuba ditonjolkan Vida turut menjadi bahan lawak oleh netizen apabila menyifatkan hasil sentuhan usahawan itu sendiri sangat buruk dan menyeramkan.

Gara-gara solekan seperti hantu itu, Vida, 50, telah mendapat kecaman dan kritikan hebat daripada netizen yang telah melemparkan kata-kata kesat dan pedas kepadanya.

“Binatang apa ini? Dah macam beruk,” komen seorang netizen.

“Datuk sudah tua. Ubahlah penampilan. Malu orang tengok satu dunia. Teguran ini bukan menghina tapi sebagai penyokong Datuk,” kata seorang lagi pengikutnya.

“Ikhlas daripada hati. Tidak cantik Datuk,” kata seorang pengikutnya.

Lebih mencuit hati apabila terdapat jenaka memberi perbandingan antara gaya pemilik nama lengkap Hasmiza Othman itu dengan penampilan penyanyi, Aina Abdul yang begitu sinonim dengan gaya pelik.

Dalam usikan tersebut, Aina digambarkan sebagai ‘produk’ yang dibeli secara dalam talian, namun pembeli seakan-akan tertipu apabila ‘produk’ yang sampai (Vida) tidak sama seperti iklan dalam platform jualan digital.

Melihat komen menghentam bertubi-tubi yang dilemparkan kepadanya, usahawan asal Kelantan itu tampil memberi penjelasan bahawa solekan artistik yang ditonjolkan pada Ahad lalu merupakan karakter dalam video muzik single baharunya yang akan dikeluarkan nanti.

“Bertenang semua. Ini merupakan ‘wajah’ salah satu karakter dalam video muzik saya,” kata Vida.

Menjelaskan lebih lanjut, pelantun lagu I Am Me itu memberitahu bahawa dia bakal mengeluarkan sebuah single baharu berjudul Ku Ikhlaskan pada 20 Mac nanti dan bakal menayangkan imej dirinya yang berlainan.

“Akan datang lagu baharu saya, Ku Ikhlaskan. Saya mengambil masa selama 10 hari untuk sesi rakaman lagu, dan lima hari untuk penggambaran video muzik.

“Kos yang dikeluarkan adalah sebanyak RM400,000. Nantikan pada 20 Mac ini menerusi saluran YouTube, Dsv Entertainment. Siapa tidak sabar hendak menitiskan air mata?” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI