fbpx

Rezal sedia beri masa kepada penyerang import

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REZAL masih memberi peluang kepada pemain import untuk membuktikan mereka benar-benar sesuai buat Kelantan FC.

PENGENDALI Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya enggan cepat melatah dan bersedia untuk memberikan masa buat penye­rang importnya mempertajamkan sentuhan jaringan.

Di sebalik kelonggaran itu, Rezal mengakui yang beliau tidak boleh menunggu terlalu lama dan kedudukan pemain import dalam pasukan mungkin tergugat jika berterusan tumpul di depan gawang lawan.

“Saya belum nampak keserasian antara pemain import. Fadel Antar tidak bermain seperti yang diharapkan tetapi dia baru saja sertai pasukan dan kami perlu berikan masa buatnya.

“Namun, tidak boleh terlalu lama kerana bagi saya, prestasi pemain adalah penting untuk bantu pasukan. Saya pun ada ramai pemain lain yang boleh saya harapkan.

“Pada saya, rugi kalau kita ada empat pemain di jentera serangan tapi gagal manfaatkan pe­luang terhidang,” katanya.

Berdasarkan corak permainan dipamerkan ketika aksi pusingan pertama Piala FA menentang PJ City di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya kelmarin, The Red Warriors (TRW) membuktikan kualiti dimiliki, namun kegagalan penyudah menafikan hasrat untuk meneruskan persaingan.

Bagaimanapun, Rezal tetap positif dan merasakan penyingkiran kali ini memudahkan pemain beri tumpuan penuh untuk merealisasikan sasaran menjua­rai Liga Premier.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI