fbpx

APMM bantu bawa keluar kanak-kanak sesak nafas di Pulau Aur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak terbabit yang mengalami sesak nafas di Kampung Teluk Behala, Pulau Aur berjaya dibawa ke Hospital Mersing dengan bantuan APMM Zon Maritim Mersing semalam.

MERSING – Seorang kanak-kanak yang mengalami sesak nafas di Kampung Teluk Behala, Pulau Aur berjaya dibawa ke Hospital Mersing dengan bantuan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Mersing, semalam.

Pengarah APMM Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, misi bantuan kecemasan itu dilakukan kira-kira pukul 11 pagi.

“Pihak APMM telah menerima panggilan dari Pejabat Kesihatan Daerah Mersing memaklumkan seorang kanak-kanak perempuan, Nur Izzara Aliasha Hirwanizam, 3, mengalami sesak nafas dan perlu mendapatkan rawatan segera di Hospital Mersing.

“Sejurus menerima maklumat tersebut, bot Perkasa 31 yang sedang melaksanakan rondaan operasi telah diatur gerak ke Pulau Aur untuk memberi bantuan sewajarnya.

“Sekitar pukul 3.30 petang, Bot Perkasa 31 yang membawa adik Nur Izzara Aliasha bersama dua petugas Pejabat Kesihatan Daerah Mersing tiba di jeti Syahbandar Mersing dan diserahkan kepada pihak ambulans untuk bantuan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI