fbpx

Datuk Seri antara 3 didakwa pecah amanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tiga individu termasuk seorang pengarah syarikat hartanah bergelar Datuk Seri didakwa di dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah dan bersubahat berhubung wang sewa unit pejabat berjumlah RM52,000 Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun ketiga-tiga tertuduh iaitu Datuk Seri Chua Eng Wan, 48, dan dua lagi individu iaitu Chua Jia Meng, 24, dan Teh Guat Wei, 31, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman dan Hakim Kamarudin Kamsun.

Di hadapan hakim Sabariah, mengikut pertuduhan pindaan Eng Wan didakwa sebagai pengarah sebuah syarikat hartanah yang telah diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang berjumlah RM52,000 yang merupakan wang sewa sebuah unit pejabat telah melakukan pecah amanah dengan curangnya telah menggunakan wang itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit pejabat di Desa Park City, Kepong pada 11 Oktober 2021 yang didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Sementara di hadapan hakim Kamarudin, Jia Meng dan Guat Wei masing-masing didakwa bersubahat dengan Eng Wan telah melakukan pecah amanah terhadap harta sama pada tempat dan tarikh sama yang didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sama.

Dalam prosiding hari ini pendakwaan di kendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aqilah Ishak dan Zulaaikha Moh.  Apandi manakala semua tertuduh diwakili peguam Felix Saw Chia Hui.

Mahkamah kemudian membenarkan kesemua tertuduh masing-masing diikat jamin RM10,000 dan menetapkan 14 April dan 20 April ini untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI