fbpx

1,583 pelajar terima tawaran IPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri melawat gerai IPT dalam program Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di Bera hari ini.

Oleh AZIZAH SHAFIEI

BERA – Seramai 1,583 pelajar telah menerima tawaran kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT) sejak Program Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) dilancar di Segamat, Johor minggu lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, JPKM yang berlangsung selama dua bulan bermula 6 Mac hingga 30 April tahun ini mensasarkan seramai 50,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang tercicir untuk melanjutkan pelajaran ke IPT awam serta swasta.

“Program Jelajah Pendidikan ini akan diadakan di 50 lokasi terpilih terutamanya di kawasan luar bandar bagi membolehkan pelajar yang tercicir menempatkan diri mereka ke IPT.

“Jadi masyarakat perlu rebut peluang ini dengan menghadirkan diri pada Siri JPKM yang diadakan di kawasan masing-masing kerana inilah antara usaha kerajaan untuk membantu mereka yang gagal menempatkan diri di universiti,”katanya ketika merasmikan Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia, di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Induk JPKM, Professor Emeritus Tan Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Seri Norolazali Sulaiman.

Menurut Ismail Sabri berkata, terdapat pelajar tidak berjaya diterima memasuki IPT berikutan kesilapan mereka mengisi borang Unit Pusat Universiti (UPU), malah ada juga kerana keluarga mereka tidak berkemampuan membiayai kos pembelajaran di IPT berkenaan.

“Jangan bimbang, menerusi JPKM ini para pelajar ini boleh berjumpa dengan pihak IPT, ditemuduga terus bagi membantu kemasukan mereka sekiranya memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

“Jadi saya harap, lebih banyak pusat-pusat zakat negeri, agensi kerajaan termasuk syarikat-syarikat swasta dapat memberikan tajaan bagi menjayakan Siri JPKM tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Dr. Sahol Hamid berkata, JPKM ini merupakan Program Khas Perdana Menteri yang dianjurkan oleh Prihatin untuk menyedihkan peluang kedua kepada pelajar lepasan SPM dan STPM melanjutkan pelajaran ke IPT Dan TVET. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI