fbpx

Spurs idam malukan The Red Devils

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CONTE nampak tenang untuk berdepan United dan mahu anak-anak buahnya menampilkan aksi cemerlang di Old Trafford awal pagi esok. – AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte berhajat untuk mengaibkan Manchester United buat kali kedua berturut-turut menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Old Trafford awal pagi esok.

United sebelum ini dimalukan 1-4 oleh seteru setempat, Manchester City pada Isnin lalu selepas terdahulu sekadar seri tanpa jaringan dengan pasukan kedua tercorot, Watford pada hujung bulan lepas.

Bagi Conte, beliau mahu anak-anak buahnya memanfaatkan situasi semasa United untuk mencerahkan peluang mereka menghuni kelompok empat teratas musim ini.

Keyakinan itu hadir selepas Spurs berpesta gol membelasah Everton 5-0 dalam aksi terakhir mereka di Goodison Park baru-baru ini.

“Kami akan berikan segala-galanya dan kemudian kita lihat keputusannya nanti. Sekarang kami cuma ada baki 12 perlawanan liga tanpa sebarang trofi yang boleh dikejar.

“Inilah waktunya buat para pemain mengambil tanggungjawab untuk cuba memastikan saingan musim ini mampu berakhir dengan kejayaan (empat teratas).

“Saya seorang yang mahu memenangi gelaran liga dan banyak trofi. Berdasarkan situasi semasa, kami tiada pilihan selain meraih tempat keempat untuk beraksi pada Liga Juara-Juara musim depan,” kata Conte.

Pengendali dari Itali itu pas­tinya mengharapkan sentuhan penyerang prolifiknya, Harry Kane yang kini sudah kembali menemui sentuhan tajam de­ngan dua gol pada aksi terakhir ketika menentang Everton. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI